Latihan Karangan B 
Tema         :
Penderaan  kanak-kanak
Tugasan      : Usaha –Usaha Menangani
Pendahuluan:
o  
Kes kanak-kanak
didera semakin meningkat
o  
Pelbagai usaha
perlu dilakukan
Idea : Ibu bapa perlu cakna dengan anak-anak
o  
Bagaimana:
memantau dan mengawasi pergerakan mereka.
o  
Kesan: Anak-anak
dalam keadaan selamat
Idea:
Pihak berkuasa wajar menguatkuasakan undang-undang
o  
Bagaimana:
Hukuman lebih berat dikenakan.
o  
Kesan: Penjenayah
kanak-kanak berasa takut
Idea:
Kerajaan harus menjalankan kempen kesedaran
o  
Bagaimana:
Dijalankan di semua jabatan kerajaan dan sektor swasta
o  
Kesan: Rakyat
dapat bekerjasama memberikan laporan
Kesimpulan
o  
Pandangan:
Masyarakat mengamalkan sikap penyayang 
o  
Harapan: Nasib
kanak-kanak terbela  dan hidup bahagia.
Latihan Karangan C 
Tema     : Gejala Ponteng Sekolah
Tugasan  : Kesan-kesan negatif
Format    : Pendapat
Pendahuluan :
o    Isu yang hangat
dibincangkan di media massa.
o    Menjadi polemik
dalam kalangan masyarakat dan pemimpin negara.
o    Ayat persoalan:
Siapakah…
o    Ayat peribahasa
: sudah terhantuk baru nak tengadah.
o    Jawab tugasan :
pelbagai kesan negatif perlu dibincangkan .
Idea : Gagal
dalam peperiksaan
M : Ketinggalan dalam pelajaran
Ba: Tidak dapat mengulang kaji pelajaran. Tidak dapat
menghabiskan topik mata pelajaran 
K : Tidak bersedia menghadapi peperiksaan. Tidak yakin
kepada diri dan gagal dalam peperiksaan.
U : nasi sudah menjadi bubur 
P : masa hadapan dalam pelajaran akan musnah.
Idea:  Maruah keluarga akan tercalar atau tercemar
M :Tingkah laku negatif anak akan melibatkan kaum keluarga
terutama ibu bapa.
Ba: Ibu bapa akan dipanggil untuk memberikan keterangan
oleh pihak sekolah atau pihak polis .
K : Ibu bapa yang terlibat dipandang serong oleh masyarakat
sekeliling.
U : Perbuatan anak ibarat menconteng arang di muka.
P : Keluarga akan mendapat aib dan malu.
Idea: Harapan
sekolah untuk melihat pelajar cemerlang dalam bidang akademik turut musnah
M :  Pelajar tidak
mempunyai persiapan yang cukup untuk menduduki peperiksaan.
Ba : Pelajar ini menyumbang pada kemerosotan peratus
peperiksaan sekolah. Tidak dapat menjawab  
soalan peperiksaan.
K  : Harapan
menggunung tinggi pihak sekolah akan hancur dan musnah.
U :  Pelajar ponteng
diibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
P :  Imej baik  sekolah dari segi akademik akan turut
tercemar.
Kesimpulan 
P: Gejala ponteng merugikan diri, keluarga dan negara.
C: Komitmen semua pihak amat penting. Bersikap berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
H: Pelajar ialah aset untuk pembangunan negara .
No comments:
Post a Comment