BM Terkini


KAJIAN TEKS
NOVEL  PAPA( Akhirnya kau tewas jua…)
( TePerNiP+LW )
Te     : Tema
Per   : Persoalan
Ni      : Nilai
P       : Pengajaran
+
L       : Latar Tempat (LT), Latar Masa (LM), Latar Masyarakat (LMa)
W      : Watak Utama (WU) & Watak Sampingan (WS)

Cara menjawab soalan
   I+W+P
Isi  (Jawab Tugasan)              Watak                       Peristiwa/cerita

Tema : Kasih sayang antara ahli keluarga menjadi asas keharmonian rumah tangga.
Watak : Intan Maliana dan papa (Jeffri)
Peristiwa : Intan Maliana  sanggup mengandung sekali lagi walaupun risikonya tinggi kerana sayang akan papa.

Persoalan : Ketabahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
Watak :Julia, papa dan mama
Peristiwa: Julia dan papa terpaksa menerima realiti hidup bahawa mama telah koma dan anak kembar Siamnya telah meninggal dunia.

Nilai :Ketabahan
Watak : Julia dan papa dan mama
Peristiwa :Julai dan papa terpaksa menerima realiti hidup bahawa mama telah koma dan anak kembar siamnya telah meninggal dunia.

Pengajaran: Kita hendaklah tabah menghadapi segala cabaran supaya kita dapat menghargai hidup kita.
Watak : Julia dan papa dan mama
Peristiwa :Julai dan papa terpaksa menerima realiti hidup bahawa mama telah koma dan anak kembar siamnya telah meninggal dunia.

Latar Tempat (LT) :Sekolah Menengah Seri Gading
Watak : Ibu Julia
Peristiwa: Tempatnya mengajar mata pelajaran Matematik dan tempat Julia belajar.
Latar Masa (LM) : Waktu pagi
Watak: papa dan Julia
Peristiwa : Papa menghantar Julia ke sekolah pada waktu pagi.
Latar Masyarakat(Ma): Masyarakat pendidik yang bertanggungjawab.
Watak: Intan Maliana(mama)
Peristiwa: Sifat mama yang ramah dan mesra menyebabkan mama disukai oleh pelajarnya.
Watak Utama(WU): Intan Julia (Ju)
Watak Sampingan (WS) : Jeffri (papa), Intan Maliana(mama), Aisyah, Mak Cik Rohani, Rasylan.

KAJIAN TEKS
NOVEL  KONSERTO TERAKHIR
( TePerNiP+LW )
Te     : Tema
Per   : Persoalan
Ni      : Nilai
P       : Pengajaran
+
L       : Latar Tempat (LT), Latar Masa (LM), Latar Masyarakat (LMa)
W      : Watak Utama (WU) & Watak Sampingan (WS)

Cara menjawab soalan
   I+W+P
Isi  (Jawab Tugasan)              Watak                       Peristiwa/cerita

Tema : Kegigihan seorang anak muda mengharungi cabaran dalam kehidupan sehingga mencapai kejayaan.

Buktinya :Hilmi terpaksa meninggalkan kampung dan berhijrah ke bandar mencari pekerjaan. Hilmi gigih bekerja sebagai tukang kebun di rumah Datuk Johari sehingga mendapat pujian daripada Dr. Nathan dan rakan-rakan Datin Salmah.

Persoalan :Keikhlasan memberikan pertolongan tanpa mengharapkan balasan Buktinya: Encik Bakar sanggup mengajar  Hilmi muzik tanpa mengenakan apa-apa bayaran kerana dia ikhlas untuk mengajar Hilmi yang berbakat dalam bidang muzik.

Nilai : Kasih Sayang
Bukti : Hilmi begitu kasih dan sayang kepada tanam-tanamannya dan ternakannya sehingga sanggup menghabiskan masanya menjaga tanam­ -tanaman dan ternakan tersebut.
Pengajaran: Kita mestilah gigih berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan:
Bukti: Hilmi gigih mempelajari muzik sehingga Berjaya menjadi pemuzik dan pencipta lagu yang terkenal.


Latar Tempat (LT) : Halaman rumah Datuk Johari
Watak: Hilmi
Peristiwa : Hilmi mengerjakan kebun sayur dan menjaga bunga-bunga.

Latar Masa (LM) : Tujuh belas tahun
Watak: Datuk Johari
Peristiwa: Kehadiran Hilmi telah mengingatkan Datuk Johari tentang kampung halamannya yang telah ditinggalkan selama tujuh belas tahun lalu.

Latar  Masyarakat (Ma): Masyarakat yang ikhlas membantu
Watak: Encik Bakar
Peristiwa: Encik Bakar ikhlas membantu Hilmi belajar muzik daripadanya tanpa apa-apa bayaran.

Watak Utama(WU): Hilmi
Perwatakan : Rajin bekerja.
Peristiwa    : Hilmi rajin mengusahakan taman di rumah datuk Johari sehingga taman itu menjadi cantik serta mendapat pujian daripada rakan-rakan Datin Salmah.

Watak Sampingan (WS) : Datin Salmah, Datuk Johari, Hayati
Watak : Datin Salmah
Perwatakan: Sombong dan mementingkan darjat:
Peristiwa : Datin Salmah tidak dapat menerima Hilmi kerana Hilmi berasal dari kampung serta berpelajaran hanya setakat darjah empat sekolah rendah.










Nilai-Nilai Murni Yang Terdapat
Dalam Novel Konserto Terakhir



Ø Kerajinan /Kegigihan
Ø Ketabahan/ Kesabaran
Ø kasih Sayang
Ø simpati .
Ø tolong-menolong
Ø Kegigihan
Ø Keikhlasan
Ø Ketaatan
Ø Keinsafan
Ø Keimanan
Ø Kerjasama
Ø Kejujuran

 KAJIAN TEKS
NOVEL  WIRA PERSONA AVATARI
( TePerNiP+LW )
Te     : Tema
Per   : Persoalan
Ni      : Nilai
P       : Pengajaran
+
L       : Latar Tempat (LT), Latar Masa (LM), Latar Masyarakat (LMa)
W      : Watak Utama (WU) & Watak Sampingan (WS)

Cara menjawab soalan
   I+W+P
Isi  (Jawab Tugasan)              Watak                       Peristiwa/cerita

Tema :Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi  untuk mencapai matlamat.

Bukti   pertama ialah , Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Pasukan Zamrud II telah menjadi johan.

Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Buktinya ,keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti  ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.


Nilai : Kesabaran
Buktinya, keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti  ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.




Pengajaran: Kita hendaklah bersabar menghadapi kesusahan hidup.
Buktinya ,keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti  ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.

Latar Tempat (LT) : Kompleks Beli-Belah Anggun
Watak: Anas , Aina, Adeen dan rakan-rakannya menyertai pertandingan
Peristiwa : tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan
Latar Masa (LM) : Malam
Watak: Anas dan Aya Morita
Peristiwa: Anas melawat tapak web Avatari dan berhujah dengan Aya Morita tentang negara ASEAN diperintah secara kukuk besi.
Latar  Masyarakat (Ma): Masyarakat yang  bertanggungjawab
 Watak:
Peristiwa: Anas bertanggungjawab menjaga maruah agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan menggagalkan permainan pasukan Zion untuk membunuh Nabi Muhammad SAW.

Watak Utama(WU): Anas:
Perwatakan : Bertanggungjawab terhadap keluarga
Peristiwa    :Sejak ayahnya hilang, Anas menjaga ibu dan adiknya.

Watak Sampingan (WS) :Aina, Adeen, Pauline,Anjali,Kumar,Zuriani

Watak : Aina
Perwatakan: Sahabat yang setia
Peristiwa :Dia mengajak Zuriani menyertai kumpulan Zamrud II sebagai pemain simpanan.
                                                    


Nilai Murni Dalam Novel
Wira Pesona Avatari
Ø Keberanian
Ø Hemah tinggi ( berbudi pekerti mulia)
Ø Kerajinan
Ø Ketaatan/patuh/sentiasa menurut perintah
Ø Kecekalan/ketabahan
Ø Kasih sayang
Ø Amanah:jujur
Ø Kerjasama
Ø Bertanggungjawab: kewajipan yang harus dijalankan
Ø Kesungguhan/ketekunan
Ø Kepintaran/kebijaksanaan
 KAJIAN TEKS
NOVEL  MERENANG GELORA
( TePerNiP+LW )
Te     : Tema
Per   : Persoalan
Ni      : Nilai
P       : Pengajaran
+
L       : Latar Tempat (LT), Latar Masa (LM), Latar Masyarakat (LMa)
W      : Watak Utama (WU) & Watak Sampingan (WS)

Cara menjawab soalan
   I+W+P
Isi  (Jawab Tugasan)              Watak                       Peristiwa/cerita

Tema : Cabaran dan tanggungjawab  seorang pelajar dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas.

Bukti   pertama ialah Badri yang menempuh pelbagai cabaran sepanjang menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah yang belum pernah disandang sejak zaman persekolahannya. Badri terpaksa berhadapan masalah daripada Meng Kong , Kumar dan Sharul yang sering melanggar peraturan sekolah dan memfitnah dirinya. Badri berjaya menginsafkan rakan-rakannya yang bermasalah.
Persoalan : Sikap gigih golongan pelajar untuk mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.
Badri, Siew Mei dan Taufik mengadakan belajar berkumpulan dan akhirnya berjaya memperoleh keputusan 9A dan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Nilai :  kegigihan
Badri gigih berusaha dan belajar sehingga memperoleh keputusan yang kecemerlangan iaitu 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.



Pengajaran: Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan
Buktinya, Badri dan Siew Mei  gigih belajar sehingga memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Latar Tempat (LT) : Tepi tasik
Watak: Badri
Peristiwa : berjoging pada waktu pagi.
Latar Masa (LM) : Pagi
Watak: Mak Siti
Peristiwa: memasak nasi lemak dan sambal sotong pada waktu pagi untuk sarapan mereka sekeluarga.

Latar  Masyarakat (Ma): Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap tugas

 Watak: Badri
Peristiwa: Sebagai seorang pengawas, Badri melakukan rondaan di kawasan sekolah pada setiap pagi persekolahan.


Watak Utama(WU): Badri
Perwatakan : Seorang yang bertanggungjawab.
Peristiwa    : telah berjaya menyelesaikan masalah disiplin seperti penjualan telefon bimbit di sekolah.

Watak Sampingan (WS) : Shahrul ,Nadira, Meng Kong ,Cikgu Jailani
Watak : Shahrul
Perwatakan: Seorang yang suka berfoya-foya.

Peristiwa : bercampur gaul dengan kumpulan budak-budak motor dan melepak di kompleks beli-belah.
                                                    
NILAI MURNI DALAM NOVEL
MERENANG GELORA

o  Kasih Sayang
o  Ketabahan
o  Kegigihan
o  Bertanggungjawab
o  Prihatin
o  Cinta Akan Seni Warisan Bangsa
o  Keberanian
o  Persahabatan

 KAJIAN TEKS
NOVEL  SUKAR MEMBAWA TUAH
( TePerNiP+LW )
Te     : Tema
Per   : Persoalan
Ni      : Nilai
P       : Pengajaran
+
L       : Latar Tempat (LT), Latar Masa (LM), Latar Masyarakat (LMa)
W      : Watak Utama (WU) & Watak Sampingan (WS)

Cara menjawab soalan
   I+W+P
Isi  (Jawab Tugasan)              Watak                       Peristiwa/cerita

Tema : Kegigihan remaja orang Asli menghadapi kesusahan ketika menuntut ilmu.
Buktinya, Adit terpaksa berulang-alik dengan jip dan lori balak untuk ke sekolah yang jauh jaraknya.

Persoalan : Kesedaran pentingnya ilmu untuk mengubah nasib keluarga. Buktinya, Adit bersemangat untuk ke sekolah semata-mata untuk mengubah hidup keluarganya yang miskin.
Nilai :Kasih sayang. Buktinya, Pak Katan membenarkan anaknya iaitu Adit untuk belajar di pekan kerana sayang kepada Adit.
Pengajaran: Kita hendaklah tabah mengharungi semua kesusahan untuk berjaya dalam hidup. Buktinya,Adit tabah mengharungi kesusahan untuk ke sekolah walaupun terpaksa menumpang jip Ah Tong untuk ke sekolah.
Latar Tempat (LT) :Kampung Bakai
Watak: Pak Katan dan keluarga
Cara Menjawab :Tempat tinggal Pak Katan dan keluarga berketurunan Jahut.

Latar Masa (LM) : Waktu siang
Watak: Pak Katan dan Adit
Cara menjawab: Setiap hari Pak Katan Adit ke hutan untuk mencari rotan dan damar.
Latar Masyarakat(Ma): Masyarakat kampung.
Watak: Pak Katan
Cara menjawab: Pak Katan dan keluarganya yang berketurunan Jahut tinggal di Kampung Bakai yang ketinggalan dari arus kemodenan.

Watak Utama(WU): Adit
          Watak utama dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah Adit. Dia tinggal di Kampung Bakai bersama-sama keluarganya
Perwatakan pertama Adit ialah seorang yang tabah menghadapi kesusahan hidup untuk belajar. Buktinya, Adit  sanggup menumpang jip Ah Tong untuk ke sekolah yang jaraknya jauh dari rumahnya.
Watak Sampingan (WS) : Pak Katan, Mak Tawi ,Ah Tong, Akeh
          Watak sampingan dalam novel Sukar Membawa Tuah ialah Pak Katan.Dia ialah bapa kepada Adit dan suami kepada Mak Tawi.
          Perwatakan pertama Pa Katan ialah seorang bapa yang penyayang kepada anaknya. Buktinya, dia membenarkan Adit untuk bersekolah ke pekan kerana Adit bersungguh-sungguh.




Nilai-Nilai Murni Yang Terdapat
Dalam Novel Sukar Membawa Tuah


Ø   Kasih sayang
Ø   Ketabahan
Ø   Kerajinan
Ø   Bertanggungjawab
Ø   Kepatuhan
Ø   Bantu-Membantu/Tolong-menolong
Ø   Bercita-cita tinggi
Ø   Ambil berat/prihatin
Ø   Kebijaksanaan
Ø   Keberanian
Ø   Berfikiran jauh
Ø   Menghormati



No comments:

Post a Comment