PANTUN ENAM KERAT
Putik kelapa menjadi muda, 
  Kelapa muda jadi kemirau, 
      Sudah kemirau menjadi kotai; 
Hati luka pura tiada, 
   Rasa pedih buat tak hirau, 
     Ibarat kaca jatuh ke lantai 
Ambil galah jolok kedondong, 
     Galah pendek buluh sumpitan, 
       Buluh bersisip tali jerami; 
Bukan salah ibu mengandung, 
    Sudah takdir sudah suratan, 
       Sudah nasib jadi begini. 
Sarat bermuat ikan cencaru, 
   Gelama tidak berumpan lagi, 
     Kail tersangkut di tepi batang; 
Sudah dapat orang yang baru, 
   Yang lama tidak berkenan lagi, 
    Ibarat melukut di tepi gantang 
 | 
  
   | 
 
Rangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita.
Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.Kekecewaan dalam hidup.
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.Kekecewaan dalam hidup.
Persoalan 
1. Persoalan menyembunyikan hati
yang terluka
2. Persoalan menerima suratan takdir / Reda atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
2. Persoalan menerima suratan takdir / Reda atas ketentuan yang telah ditetapkan oleh Tuhan.
3. Persoalan mengutamakan yang baru
berbanding yang lama. 
4Kekuatan
dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta
5.
Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.
6.Kesetiaan
terhadap seseorang terhadap pasangannya.
Nilai 
1. Nilai keredaan. Contohnya reda
dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.
3. Percaya
pada qadak dan qadar. Contohnya, reda menerima ketentuan Tuhan.
4.
Kesetiaan. Contohnya kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagi kepada
pasangannya.
ii. Nilai pertama ialah nilai
keredaan, iaitu reda dengan suratan takdir. Nilai kedua ialah ketabahan, iaitu
tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.Ketiga, ..
Pengajaran 
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan
rasa kecewa supaya kita tidak menyesal pada
kemudian hari.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir supaya….
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita kerana…
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir supaya….
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita kerana…
4.Kita
hendaklah mempunyai ketahanan diri yang kuat untuk melawan segala kekecewaan
5.Kita
hendaklah tabah menghadapi dugaan yang berkaitan dengan permasalahan cinta.
6.Kita
hendaklah setia kepada pasangan kita walau apa-apapun yang terjadi.
Latihan
a)    Apakah
cara-cara menghadapi kekecewaan?    [2
markah]
b)    Dalam rangkap
akhir pantun dinyatakan bahawa apabila sudah mendapat pengganti baharu, yang
lama tidak lagi disukai.    Pada pendapat
anda, mengapakah seseorang manusia bersikap sedemikian?                                                    [3 markah]
c)     Berikan tiga
persoalan yang terdapat dalam pantun tersebut.               [4
markah]
Jawapan
a)    Cara-caranya
ialah menyembunyikan perasaan kecewa itu (hati luka pura tiada) dan perasaan
sedih jangan dilayan (rasa pedih buat tak hirau).
b) Pada pendapat saya, manusia bersikap demikian kerana kenangan seseorang itu mudah pudar, sudah berasa bosan, keindahan lalu sudah lenyap dan ikatan terhadap yang lama memudaratkan diri.
c) Persoalan pantun ialah rasa kecewa yang mampu disembunyikan, penerimaan ketentuan takdir dan perubahan perasaan manusia seiring dengan perjalanan waktu.
Dirgahayu Bahasaku
b) Pada pendapat saya, manusia bersikap demikian kerana kenangan seseorang itu mudah pudar, sudah berasa bosan, keindahan lalu sudah lenyap dan ikatan terhadap yang lama memudaratkan diri.
c) Persoalan pantun ialah rasa kecewa yang mampu disembunyikan, penerimaan ketentuan takdir dan perubahan perasaan manusia seiring dengan perjalanan waktu.
Dirgahayu Bahasaku
Tempatmu di
singgahsana 
Hati nurani
bangsaku 
Warga yang
berbudi 
Setia dan
amanah 
Bahasa itu
maruah bangsa 
Yang mesti
dipelihara martabatnya 
Agar tetap
kukuh dan ampuh 
Melayari
lautan bijaksana 
Salam ikatan
mesra dan teguh. 
Cekal dan
waja semangat pejuangku 
Hak bangsaku
memilikimu 
Hak bangsaku
mendaulatkanmu 
Di bumi
bertuah ini 
Merentas
dunia tak bertepi. 
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan 
Ke barat dan
ke timur menjalin persahabatan 
Gagah
pelautku membelah lautan 
Ke utara dan
ke selatan bahasaku mencengkam 
Dari pulau
ke pulau menggilap mutiara silam. 
Dirgahayu
bahasaku 
Di arena
antarabangsa suaramu tumbuh 
Menusuk
kalbu lagu bahasamu 
Bahasamu
bahasa minda 
Mudah akrab
dan bertatasusila 
Daripada
bahasa yang bernama Melayu 
Menempa kejayaan di alaf baru.
Rangkap 1 
Bahasa kebangsaan sepatutnya diangkat martabatnya kerana menjadi hati dan nurani bangsa Malaysia yang berbudi, setia dan amanah kepada negara. 
Rangkap 2 
Bahasa kebangsaan merupakan maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya supaya utuh dan kukuh dalam menempuh dunia yang semakin canggih serta berperanan untuk menjadi alat untuk menyatukan     bangsa. 
Rangkap 3 
Para pejuang bahasa telah berjuang untuk mempertahankan bahasa kebangsaan supaya kekal menjadi milik rakyat negara ini dan sentiasa akan mendaulatkannya dalam era globalisasi ini. 
Rangkap 4 
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa kebangsaan telah berjaya menjadi bahasa perantaraan dalam bidang diplomatik di peringkat antarabangsa. 
Rangkap 5 
Harapan agar bahasa kebangsaan akan terus berkembang di peringkat antarabangsa iaitu digunakan sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan dan berupaya untuk menghadapi rintangan dan mencipta kejayaan dalam alaf baru ini. 
 | 
Latihan
1.        
Nyatakan tema sajak ini.
2.        
Huraikan 3 persoalan dalam sajak ini.
3.        
Nyatakan 3 nilai murni dalam sajak ini.
4.        
Huraikan 3 pengajaran dalam sajak ini.
5.        
Nyatakan tiga harapan penyajak  terhadap bahasa Melayu supaya berkembang di
peringkat antarabangsa.
1. Tema dalam sajak ini ialah bahasa kebangsaan perlu dijaga dan
dimartabatkan darjatnya.
2. Persoalan pertama ialah sayang akan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Kedua, sikap menghargai sumbangan bahasa kebangsaan.Ketiga, sikap menghormati bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
3. Nilai pertama ialah semangat patriotik: Bahasa Melayu perlulah
dipertahankan.Nilai kedua ialah kebanggaan kerana bahasa Melayu menjadi bahasa
perantaraan dalam bidang diplomatik. Ketiga,Semangat perpaduan kerana bahasa
Melayu sebagai alat perpaduan kaum di negara ini.
4.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.
1. Kita hendaklah menyayangi bahasa kebangsaan kita sendiri.
2. Setiap rakyat negara ini haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan.
3. Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu.
4. Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk perpaduan kaum.
5. Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu. Kedua,
bahasa Melayu  menjadi bahasa yang melambangkan kesopanan bangsa Melayu. Seterusnya,
bahasa kebangsaan akan terus digunakan sebagai bahasa perpaduan.
No comments:
Post a Comment