Tugasan soalan yang ditanya meliputi LIMA
skop utama.(SeKeCaM+T)
- Se       : sebab/ faktor / punca /
 
            Kata
tugas : kerana, disebabkan,
tidak, kurang, gagal
- Ke       : kesan baik /
     kepentingan/faedah / maslahat / manfaat
 
: kesan buruk
/ implikasi / impak / natijah / akibat 
 Kata tugas: supaya, untuk, bagi, akan, boleh,
dapat, mampu
- Ca       : cara / langkah / prakarsa /
     usaha /  / kaedah
 
Kata tugas : harus,perlu,mesti
, wajar, hendaklah, patut
- M         :masalah / kemelut / halangan
     /  kekangan / rintangan 
 
            Kata tugas : Apa masalah itu.
- T         :tugas/peranan
     /tanggungjawab/kewajipan
 
Kata tugas :
Apa tugas itu.
ALAT
BERFIKIR UNTUK MENULIS  IDEA ATAU ISI
KARANGAN  :  (InKeMaNeP)
| 
   
1. 
  In ( Individu) 
(Remaja,Murid-murid, Pelajar,Pengawas,Belia,Pemuda,
  Pemudi, Lelaki, Wanita) 
 | 
 |
| 
   
Tugasan Positif : Individu 
 | 
  
   
Tugasan Negatif : Individu 
 | 
 
| 
   
o  Mempunyai
  kesedaran dan bertanggungjawab 
o  Mempunyai
  budi pekerti dan akhlak mulia. 
o  Bermotivasi,
  bersemangat untuk terus berusaha 
o  Ambil
  peduli /cakna/ ambil berat 
o  Mempunyai
  matlamat dan hala tuju 
o  Memperlengkap diri dengan ilmu
  pengetahuan dan kemahiran teknologi 
o  memiliki kekuatan fizikal dan mental 
o  perlu kreatif dan inovatif 
 | 
  
   
o Kurang
  mempunyai kesedaran dan 
 bertanggungjawab 
o Kurang
  mempunyai budi pekerti dan 
     berakhlak mulia. 
o Kurang bermotivasi
  dan berusaha. 
o Kurang
  ambil peduli / atau kurang  cakna. 
o Kurang
  mempunyai matlamat dan hala tuju 
o Kurang memperlengkap diri dengan ilmu
  pengetahuan dan kemahiran teknologi 
o Kurang memiliki kekuatan fizikal dan
  mental 
o Kurang 
  kreatif dan inovatif 
 | 
 
| 
   
Contoh :  
Tema     
  :Lumba haram 
Tugasan : Usaha menangani 
     Langkah
  utama bagi menangani masalah lumba haram ialah remaja haruslah mempunyai kesedaran dan sikap bertanggungjawab
  tentang masalah ini. 
 | 
  
   
Contoh :  
Tema     
  :Lumba haram 
Tugasan : Punca berlaku 
Faktor  utama berlakunya  lumba haram  ialah remaja kurang mempunyai kesedaran sikap bertangunjawab tentang masalah
  ini. 
 | 
 
| 
   
2.
  Konteks  (Ke )Keluarga 
                                            
  (ibu bapa, datuk, nenek,  
  saudara –mara) 
 | 
 |
| 
   
Tugasan
  Positif : Keluarga 
 | 
  
   
Tugasan
  Negatif :Keluarga 
 | 
 
| 
   
o Memberikan
  didikan agama dan moral 
o Memberikan
  kasih sayang yang sewajarnya 
o Menguruskan
  keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya 
o Meluangkan
  masa dengan anak-anak 
o Memantau
  kegiatan anak-anak 
o Membentuk
  disiplin anak-anak 
o Melengkapkan diri dengan ilmu
  keibubapaan 
o Suri teladan kepada anak-anak 
 | 
  
   
o Kurang
  memberikan didikan agama dan moral 
o Kurang
  memberikan kasih sayang yang sewajarnya 
o Kurang
  menguruskan keperluan dan kedudukan ekonomi sebaik-baiknya 
o Kurang
  meluangkan masa dengan anak-anak 
o Kurang
  memantau kegiatan anak-anak 
o Kurang
  membentuk disiplin anak-anak 
o Kurang melengkapkan diri dengan ilmu
  keibubapaan 
o Tidak
  menunjukkan suri teladan kepada anak-anak 
 | 
 
| 
   
Contoh :  
Tema     
  :Ponteng sekolah 
Tugasan : Usaha menangani 
Ibu bapa haruslah memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada
  anak-anak. 
 | 
  
   
Contoh :  
Tema     
  :Ponteng sekolah 
Tugasan : Faktor berlaku 
Faktor  utama berlakunya  lumba haram 
  ialah ibu bapa kurang memberikan didikan agama dan moral yang
  secukupnya kepada anak-anak. 
 | 
 
| 
   
3.  (Ma) Masyarakat 
(orang
  ramai, rakyat, jiran) 
 | 
 |
| 
   
Tugasan Positif : Masyarakat 
 | 
  
   
Tugasan Negatif :Masyarakat 
 | 
 
| 
   
o   masyarakat prihatin, proaktif dan penyayang. 
o   Mempunyai
  semangat kejiranan dan bantu membantu. 
o   Mengamalkan
  sikap bersatu padu dan sepakat 
o   memupuk semangat toleransi, percaya
  mempercayai dan perkongsian bijak . 
o   membabitkan diri dalam sesuatu program
  kemasyarakatan 
o   Merancang dan menganjurkan
  program-program. 
o   menyemarakkan budaya
  kunjung-mengunjungi. 
o   ambil berat dan bertanya khabar. 
o   Mewujudkan persatuan penduduk setempat
  dan badan sukarela. 
 | 
  
   
o   Kurang prihatin, proaktif dan penyayang. 
o   Kurang
  mempunyai semangat kejiranan dan bantu membantu. 
o   Kurang
  mengamalkan sikap bersatu padu dan sepakat 
o   Kurang memupuk semangat toleransi, percaya
  mempercayai dan perkongsian bijak . 
o   Kurang membabitkan diri dalam sesuatu program
  kemasyarakatan 
o   Kurang merancang dan menganjurkan
  program-program. 
o   Kurang menyemarakkan budaya
  kunjung-mengunjungi. 
o   Kurang ambil berat dan bertanya khabar. 
o   Kurang mewujudkan persatuan penduduk
  setempat dan badan sukarela. 
 | 
 
| 
   
Contoh :  
Tema     
  : Jenayah. 
Tugasan : Usaha menangani 
Masyarakat 
  perlu melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak berkuasa.  
 | 
  
   
Contoh :  
Tema     
  :Gejala sosial. 
Tugasan : Punca berlaku 
Masyarakat mengamalkan sikap tidak
  mahu melaporkan sesuatu kejadian kepada pihak berkuasa. 
 | 
 
| 
   
4.  (Ne) Negara  
(kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, dasar-dasar kerajaan) 
 | 
 |
| 
   
Tugasan Positif : Komunitii 
 | 
  
   
Tugasan Negatif :Komuniti 
 | 
 
| 
   
o    Penguatkuasaan
  undang-undang yang lebih tegas. 
o    Memberikan
  latihan yang berkesan kepada penguat kuasa. 
o    Melaksanakan
  pelbagai dasar dan program yang berkesan. 
o    Kecekapan
  pegawai penguat kuasa ditingkatkan. 
o    Menyediakan  modal dan kemahiran 
o    Menjalankan
  kempen secara bersepadu dan berkesan. 
o    Menyiarkan
  rancangan dan dokumentari yang sesuai 
o    Menyediakan
  kemudahan infrastruktur 
o    Memerangi
  gejala rasuah 
o    Mempromosikan
  sesuatu ke peringkat global. 
 | 
  
   
o    Penguatkuasaan
  undang-undang yanng masih longgar. 
o    Kurang
  memberikan latihan kepada penguat kuasa. 
o    Kurang
  melaksanakan pelbagai dasar dan programyang berkesan. 
o    Kurang
  kecekapan pegawai penguat kuasa 
o    Kurang
  menyediakan  modal dan kepakaran 
o    Kurang
  menjalankan kempen secara bersepadu. 
o    Kurang
  menyiarkan rancangan dan  dokumentari
  yang sesuai 
o    Kurang
  menyediakan kemudahan infrastruktur 
o    Kurang
  memerangai gejala rasuah 
o    Kurang
  mempromosikan sesuatu ke peringkat global. 
 | 
 
| 
   
Contoh :  
Tema     
  :Gejala sosial. 
Tugasan : Usaha menangani 
Pihak kerajaan perlu mengetatkan
  undang-undang kepada individu yang melakukan gejala sosial. 
 | 
  
   
Contoh :  
Tema     
  :Gejala sosial. 
Tugasan : Punca berlaku 
Masyarakat mengamalkan sikap tidak
  mahu membantu dalam menangani masalah sosial. 
 | 
 
| 
   
5.  (P) Pendidikan 
(sekolah, kolej,universiti)   
 | 
 |
| 
   
Tugasan Positif : Institusi
  Pendidikan  
 | 
  
   
Tugasan Negatif :Institusi
  Pendidikan 
 | 
 
| 
   
o   Menjalankan
  kempen kesedaran di sekolah. 
o   Menjalankan
  khidmat kaunseling dan kelas bimbingan. 
o   Bekerjasama
  dengan pihak berkuasa 
o   Penguatkuasaan
  undang-undang dan peraturan yang lebih tegas. 
o   Pengurusan
  kurikulum dan kokurikulum yang tersusun. 
o   PIBG
  bekerjasama dan bermuafakat dengan pihak sekolah 
o   Kecerian
  dan keselamatan sekolah diberikan keutamaan. 
o   Menjalankan
  tugas dengan amanah,ikhlas, dan tidak mementingkan       diri sendiri. 
 | 
  
   
o   Kurang
  menjalankan kempen kesedaran di sekolah. 
o   Kurang
  menjalankan khidmat kaunseling dan kelas bimbingan. 
o   Kurang
  bekerjasama dengan pihak berkuasa 
o   Kurang penguatkuasaan
  undang-undang dan peraturan yang lebih tegas. 
o   Kurang
  pengurusan kurikulum dan kokurikulum yang tersusun. 
o   PIBG kurang
  bekerjasama dan bermuafakat dengan pihak sekolah 
o   Kurang
  kecerian dan keselamatan sekolah diberikan keutamaan. 
o   Kurang menjalankan
  tugas dengan amanah,ikhlas, dan tidak mementingkan       diri sendiri. 
 | 
 
| 
   
Contoh :  
Tema     
  :Kempen Membaca 
Tugasan : Usaha menangani 
Pihak sekolah  perlu menjalankan kempen kesedaran kepada
  murid-murid.  
 | 
  
   
Contoh :  
Tema     
  :Kempen Membaca 
Tugasan : Usaha menangani 
Pihak sekolah  kurang 
  menjalankan kempen kesedaran kepada murid-murid.  
 | 
 
| 
   
TUGASAN :1.KESAN BAIK /KEPENTINGAN /FAEDAH
  / MASLAHAT   
                    2.KESAN BURUK / IMPLIKASI
  / IMPAK / NATIJAH / AKIBAT 
 | 
 |
| 
   
1. POLITIK 
 | 
 |
| 
   
Kesan Positif 
 | 
  
   
Kesan Negatif 
 | 
 
| 
   
o   semangat
  patriotik tinggi,  
o   cinta
  kepada negara,  
o   imej dan
  nama baik negara terpelihara , 
o   jati diri
  bangsa dikukuhkan,  
o   pemerintahan
  berjalan lancar,  
o   tiada amalan
  rasuah,  
o   keadaan
  aman dan sejahtera.  
o   Mempertingkatkan kerjasama dan
  persefahaman politik 
Tema      :Perpaduan 
Tugasan : Kesan 
Semangat cinta akan negara dapat
  ditingkatkan. 
 | 
  
   
o   semangat
  patriotik terhakis,  
o   cinta
  kepada negara hilang,  
o   imej dan
  nama baik negara tercemar , 
o   jati diri
  bangsa tidak dapat dikukuhkan,  
o   pemerintahan
  tidak berjalan lancar, 
o   berlaku  amalan rasuah 
o   keadaan
  porak- peranda  dan kacau-bilau 
o   Kurang mempertingkatkan kerjasama dan
  persefahaman politik 
Tema      :Perpaduan 
Tugasan : Kesan 
Semangat cinta akan negara tidak dapat  ditingkatkan. 
 | 
 
| 
   
2. EKONOMI 
 | 
 |
| 
   
o   pendapatan
  keluarga dan negara meningkat,  
o   harga
  barangan dan perkhidmatan terkawal,  
o   Meningkatkan  peluang pekerjaan,  
o   pengangguran
  ditangani,  
o   kemiskinan
  diatasi , 
o   taraf hidup
  rakyat  meningkat , 
o   eksport
  meningkat ,  
o   kesihatan
  rakyat meningkat 
o   Kemudahan
  prasarana ditingkatkan 
o   memaksimumkan bidang kemahiran dan
  teknologi 
o   Pengaliran mata wang keluar negara dapat
  disekat 
o   Melahirkan tenaga pakar tempatan 
 | 
  
   
o   pendapatan
  keluarga dan negara berkurangan  
o   harga
  barangan dan perkhidmatan tidak terkawal,  
o   peluang
  pekerjaan terhad,  
o   pengangguran
  sukar ditangani,  
o   kemiskinan
  sukar diatasi , 
o   taraf hidup
  rakyat  merudum (merosot) , 
o   eksport
  merosot  ,  
o   Kesihatan
  rakyat merosot. 
o   Kemudahan
  prasarana kurang ditingkatkan. 
o   Kurang memaksimumkan bidang kemahiran
  dan teknologi 
o   Berlaku pengaliran mata wang keluar
  negara 
o   Kurang melahirkan tenaga pakar tempatan 
 | 
 
| 
   
Tema     
  : Pelancongan 
Tugasan : Kebaikan  
Pelancongan dapat meningkatkan ekonomi
  negara. 
 | 
  
   
Tema       : Pelancongan 
Tugasan  : Kesan buruk  
Pelancongan meningkatkan gejala
  sosial dalam negara. 
 | 
 
| 
   
3. SOSIAL 
 | 
 |
| 
   
Kesan Positif 
 | 
  
   
Kesan Negatif 
 | 
 
| 
   
o   pendidikan
  cemerlang dapat ditingkatkan, 
o   kepercayaan
  agama kuat,  
o   hubungan
  kemasyarakatan baik, 
o   kebudayaan
  dan kesenian dipelihara, 
o   mengamalkan  nilai murni,  
o   gejala
  sosial dapat  ditangani , 
o   jenayah
  dapat dikawal,  
o   perpaduan
  kaum ditingkatkan.  
o   Kehidupan
  masyarkat harmoni 
o   Melahirkan
  masyarakat celik ilmu 
o   Memupuk
  sikap kerjasam dan bantu- membantu 
o   Mewujudkan satu kesatuan budaya 
 | 
  
   
o  pendidikan
  tidak cemerlang, 
o  kepercayaan
  agama kurang ,  
o  hubungan
  kemasyarakatan kurang baik, 
o  kebudayaan
  dan kesenian tidak dipelihara,  
o  tidak
  mengamalkan  nilai murni,  
o  gejala
  sosial sukar ditangani , 
o  jenayah
  sukar dikawal,  
o 
  perpaduan kaum sukar ditingkatkan.  
o 
  Kehidupan masyarkat kurang harmoni 
o 
  Kurang melahirkan masyarakat celik ilmu 
o  Kurang
  memupuk sikap kerjasama dan bantu- membantu 
o 
  Kurang
  mewujudkan satu kesatuan budaya 
 | 
 
| 
   
Tema : Sekolah Bestari 
Tugasan : Kebaikan 
Contoh : Kebaikan perdana ialah
  pendidikan yang cemerlang dapat dilahirkan. 
 | 
  
   
Tema : Sekolah Bestari 
Tugasan : Kelemahan 
Contoh : Kelemahan perdana ialah
  kemahiran berfikir pelajar akan terhad. 
 | 
 
Tuntunan
Penulisan Ringkasan  
Pemarkahan
Ringkasan 
Cemerlang                    :           18-20 Markah
Bilangan isi                   :
          5 Isi (lengkap) X 2  =10 markah
Bahasa                                   :             9-10
markah
Kriteria Bahasa : 9- 10 Markah
o   Baik dan lancar
o   Penggunaan kata
tepat
o   Ayat gramatis
o   Penanda wacana yang sesuai
o   Ejaan dan tanda
baca betul
Strategi Penulisan 
1.     
Baca arahan soalan. Lihat arahan tugasan soalan .Patuhi
kepanjangan menulis ringkasan .      (Tidak
melebihi 80 patah perkataan)
2.     
Baca dan garis
isi-isi yang menjawab tugasan soalan. Lima   hingga tujuh isi diperlukan. Susunan isi
dikekalkan ketika menulis ringkasan  yang
penuh.
3.     
Contoh Soalan :
Tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab
perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
4.     
Guna kaedah SeKeCaM+T untuk menjawab tugasan
soalan. 
5.     
Mulakan ayat
ringkasan dengan perkataan daripada arahan tugasan.
Sebagai contoh :Sebab/Kesan/Cara/Tanggungjawabnya ialah….
6.     
Gunakan penanda
wacana yang sesuai untuk menyambung ayat-ayat yang seterusnya. Contoh , Selain itu, Sementara itu, Selanjutnya,
Seterusnya, Dalam pada  itu, Sebab/Cara/Kesan
lain ialah…
7.     
Bilang jumlah perkataan selepas
selesai menulis isi pertama. Tuliskan jumlah perkataan di hujung ayat pada isi
pertama dan dicampurkan jumlah perkataan untuk isi-isi seterusnya. 
 Perkataan yang  dikira sebagai satu perkataan  :
o   nama khas . Contoh Sekolah
Menengah Putera, Potret Hilang
o   perkataan berulang . Contoh bercakap-cakap,
sekolah-sekolah
o   Penggunaan kata depan.
Contoh ke hadapan, di rumah
o   tarikh. Contoh 6
Disember 1969
o   angka ditulis dengan nombor
atau perkataan . Contoh 10,734 atau dua ratus lima   puluh.
o   gelaran . Contoh Tan Sri
Datuk Haji
o   Peribahasa
8.     
Ingat !Jangan ubah maksud ayat seperti  dalam petikan. Perubahan makna
perkataan / ayat yang tidak tepat menyebabkan anda melakukan kesalahan isi.
9.     
Tulis ringkasan dalam satu perenggan.
10.  
Pastikan ayat yang ditulis gramatis (tiada kesalahan
tatabahasa).
11.  
Tulis jumlah perkataan di bahagian bawah sebelah kanan
ringkasan.
 Tuntunan Karangan Bahan Rangsangan
Bahagian B (Markah : 20 Markah)
Pemberian  Markah Karangan berdasarkan:
o  
Menjawab Tugasan 
o  
Bahasa 
o  
Kerelevanan idea
(ada kaitan dengan tema /isu) 
o  
Pengolahan
Ciri-Ciri Cemerlang ( 18- 20 markah)
Ø Penggunaan kata dan ayat yang gramatis
(betul
struktur ayat dan makna perkataan/frasa)
Ø Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
Ø Idea (isi) relevan (sesuai ) dengan tugasan
Ø Ada pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan dan
berkembang.
(ada dalam bahan)
Ø Pengolahan menarik dan berkesan. (matang)
Ø Panjang tidak melebihi 120 patah kata. Perlu patuhi.
Cadangan 
Menjawab Soalan 
1.  
Pendahuluan 
Ø Tuliskan apa-apa tentang tema /isu tugasan.( Bukan
isi-isi karangan)
Ø Ayat  terakhir
pendahuluan ditulis ayat tentang tugasan soalan 
Ø Dua ayat sudah mencukupi.
Contoh
Pendahuluan ( Tema : Masalah Vandalisme)
     Berita
kemudahan awam yang dirosakkan sering dipaparkan di media massa.
Sungguhnya,pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menangani masalah ini.
2.   Idea Karangan 
 i.   
Semua idea diberikan
ditulis/ Sekurang-kurangnya TIGA isi
ii.   
Idea perlu berdasarkan tugasan 
yang diberikan dan ada kaitan dengan bahan rangsangan.
Huraian idea dengan menggunakan Kaedah IBaK
I      :Idea
   Ba  :
Bagaimana SeKeCaM+T boleh
berlaku  atau dilakukan .
       (menjawab tugasan
soalan)
K    :Kesan kepada atau
daripada idea .
         ( Ba dan K boleh digabungkan ayat /Boleh ditulis dua atau
tiga ayat).
     Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan
moral yang secukupnya kepada anak-anak (Idea)
Didikan agama dan moral ini perlu dilakukan sejak awal lagi.(Bagaimana) Dengan itu, anak-anak akan mematuhi  arahan ibu bapa mereka . (Kesan)
3.
Kesimpulan 
Pandangan ….supaya/untuk/agar
…Harapan
     Walhasil, masyarakat perlu bekerjasama dan
bertanggungjawab bagi menangani kemelut ini (Pandangan
) supaya rakyat hidup harmoni dan sejahtera. (Harapan)
                                 
             
KAEDAH
IMBaKUP
Idea                   (I)      :
Nyatakan idea
Mengapakah               (M)  
: Mengapa sebab/kesan/cara/masalah/tanggungjawab boleh berlaku
                                      atau dilakukan .
                                        
(Memberi sebab dan alasan)
Bagaimanakah(Ba) : Bagaimana
sebab/kesan/cara/masalah/tanggungjawab boleh berlaku
                                      atau dilakukan .
                               (Memberi
penerangan tentang cara/ keadaan/langkah/ kejadian)
Kesan               (K)    :
Kesan kepada / daripada idea itu : menjawab tugasan
Ungkapan 
Menarik       
    (U)    :Peribahasa/ 
Cogan Kata : sesuai dengan tugasan atau tema
Penegasan      (P) 
 :Kesimpulan kecil idea. (Gunakan
penanda wacana   penegasan)
Nota :  Konsep Mengapakah dan Bagaimanakah
boleh berubah kedudukan atau pilih mana-mana satu dan bergantung pada tugasan
soalan.
I  . Kaedah Merangka Idea
Contoh Tugasan : Usaha Menangani Masalah Lumba Haram
I           :Pihak sekolah wajar memberikan
kesedaran kepada pelajar
M         :Guru bertanggungjawab menjalankan
program-program kesedaran oleh sekolah.
Ba       :Ceramah kesedaran. Pameran daripada JPJ.
K         : Insaf tentang bahaya lumba haram. 
U         :Alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan.
P         :Komitmen guru amat penting untuk  mencegah pelajar terlibat dalam lumba haram.
Contoh
Huraian Lengkap
Pada hemat saya pihak sekolah wajar
memberikan kesedaran kepada pelajar untuk menangani gejala lumba haram.(I) Oleh
hal demikian, guru-guru sebagai peneraju utama sesebuah institusi pendidikan
harus bertanggungjawab menjalankan program kesedaran kepada para
pelajar.(M)Sebagai contoh, pihak sekolah boleh mengadakan ceramah dan kempen
kesedaran. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan daripada pihak
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya(JPJ) untuk mengadakan pameran yang berkaitan
dengan kegiatan lumba haram.(Ba)Sebagai kesannya, pelajar-pelajar akan berasa
insaf dan sedar akan bahaya dan implikasi buruk sekiranya terlibat dengan lumba
haram. (K) Dengan itu, pihak sekolah harus berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjayakan program kesedaran ini kerana alang-alang menyeluk pekasam biar
sampai ke pangkal lengan. (U)Tegasnya, komitmen guru amat penting untuk  mencegah pelajar terlibat dalam lumba
haram.(P)
No comments:
Post a Comment