Bahan-Bahan Penulisan
1.
Kata
Untuk Pendahuluan
- Akhir-akhir ini,
- Pada alaf baharu ini,
- Mutakhir ini,
2. Kata
Untuk Melanjutkan Maklumat
- Yang pertama,
- Seterusnya,
- Selanjutnya,
- Di samping itu,
- Selain itu,
- Sementara itu,
- Dalam pada itu,
3.Kata Untuk Berlawanan
Isi
- Namun,
- Namun demikian,
- Namun begitu,
- Walau bagaimanapun,
- Meskipun demikian,
- Sungguhpun begitu,
4. Kata
Menunjukan Contoh
- Sebagai contohnya,
- Umpamanya,
6. Kata Untuk
Menunjukkan Penegasan
- Tegasnya,
- Sesungguhnya,
- Sememangnya,
- Secara khususnya,
- Secara ringkasnya,
- Pada umumnya,
7. Kata Menunjukkan Kesan / Bagaimana
- Sebagai akibatnya,(Kesan)
- Sebagai hasilnya, (Kesan)
- Oleh sebab itu,(Bagaimana)
- Dengan itu,(Bagaimana)
- Oleh hal demikian,(Bagaimana)
8. Kata
Kesimpulan / Penutupan
- Secara tuntasnya,
- Secara konklusinya,
- Secara intihanya,
- Sebagai kesimpulannya,
Tugasan soalan yang ditanya
meliputi tiga perkara utama.
(SeKeCa)
1.
Se : sebab/
faktor / punca / : kerana , disebabkan, berpunca
2. Ke : kesan baik / kepentingan/faedah / manfaat : supaya,
bagi, untuk
: kesan buruk /
implikasi buruk / akibat buruk : akan,
boleh , dapat
3. Ca : cara / langkah /
usaha : perlu, harus , mesti, hendaklah
Tajuk / Idea : Makan
Sebab(Se) Makan : Lapar/ sampai waktu makan (Mengapa)
Kesan (Ke):
kenyang/ ada tenaga (Kesan)
Cara (Ca) :
masak makanan/ pergi ke kedai (Bagaimana)
Contoh menulis ayat:
Seseorang itu makan kerana lapar. Sebagai kesannya, makanan
yang dimakan akan menyebabkan kita kenyang . Dengan itu, kita perlu
memasak makanan atau pergi ke kedai untuk makan.
Panduan Menjawab Soalan Bahagian A
( Tulis Lima Ayat)
1.
Ayat dibina mesti berdasarkan apa-apa
yang terdapat dalam gambar sahaja.
2.
Jangan bina ayat yang tiada kaitan
dengan gambar dan arahan yang diberikan.
3.
Tulis lima ayat yang lengkap.
4.
Cari atau tandakan (bulatkan) maklumat yang terdapat dalam bahan grafik.
5.
Bina ayat dengan menggunakan perkataan
yang sesuai.
6.
Boleh gunakan nama, tempat atau apa-apa
sahaja yang sesuai asalkan ayat baik tanpa kesalahan ejaan, tanda baca atau
struktur ayat.
7.
Sekiranya ada gambar bersiri ( dua atau
lebih gambar) seimbangkan jumlah ayat
.Tiga ayat daripada gambar pertama dan dua ayat daripada gambar kedua.
8.
Ayat dibina boleh ditulis dalam bentuk
urutan nombor.
Guna Ayat Tanya
siapa
/ apa ?
|
buat
apa / mengapa ?
|
mana /
bagaimana ?
|
1. Aiman dan
adiknya sedang bermain bola sambil adik melambai-lambai tangan kepada abangnya.
|
2. Seorang budak
lelaki sedang berlari sambil memegang tali layang-layangnya.
|
3. Peniaga
aiskrim membunyikan loceng aiskrim
sambil menunggang basikal.
|
4. Encik Rajenikhan
dan keluarganya sedang menikmati hidangan di bawah pokok yang rendang.
|
5. Lee Chong Wei dan adiknya sedang membina istana pasir dengan
menggunakan sebuah baldi.
|
Panduan Menjawab Soalan
Bahagian B
o
Tiga soalan yang diberikan.
o
Pilih satu soalan sahaja.
o
Panjang karangan tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
o
Minimum tiga isi .(Digalakkan 4 hingga 5 isi)
Ada dua jenis soalan karangan iaitu
a.
Karangan berformat
1.
Jenis Surat
Kiriman Rasmi
2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3. Karangan jenis Ucapan
4. Karangan jenis Syarahan
5. Karangan jenis Dialog / Temu ramah /
Perbualan / Wawancara
6. Karangan jenis Berita
7. Karangan jenis Laporan
9. Karangan jenis Perbahasan
b. Karangan Tidak Berformat
1. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita /
Gambaran / Situasi
2. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4. Karangan Jenis Perbincangan
5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6. Karangan Jenis Peribahasa
Soalan : Setiap pelajar pasti ingin
kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita
berjaya dalam pelajaran ?
Pendahuluan:
Tidak
dinafikan bahawa setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang . Setiap murid juga mempunyai cita-cita
untuk menjawat jawatan tinggi. Sesungguhnya, terdapat pelbagai langkah yang
perlu dilakukan untuk berjaya dalam pelajaran.
2. Isi Karangan : Kaedah ICoK
I : Isi : Memberikan
tumpuan terhadap pelajaran.
Co: Contoh : Menelaah
buku pelajaran dan membuat ulang kaji.
K : Kesan : Menambahkan ilmu pengetahuan
Langkah yang utama ialah pelajar haruslah memberikan tumpuan
terhadap pelajaran di sekolah dan di rumah. Dengan itu, pelajar perlulah menelaah buku pelajaran dan membuat
ulang kaji. Usaha ini akan
menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran.
Kesimpulan
1.Pandangan
(P)
2. Harapan
(H)
Sebagai konklusi, pelajar
haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya kerana kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan demikian, kejayaan yang
cemerlang pasti dapat dicapai untuk kebahagiaan diri dan keluarga.
Latihan
Soalan : Membaca merupakan satu amalan yang mulia.
Nyatakan cara-cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid sekolah.
Pendahuluan
:
o
Murid-murid tidak
minat membaca buku-buku pelajaran.
o
Lebih berminat
menonton televisyen dan bermain komputer.
o
Pelbagai cara
dilakukan untuk menarik minat murid membaca.
Isi Karangan
I : Kempen Bulan Membaca dijalankan di peringkat
sekolah
Co : Menjalankan
majlis perasmian dan pelbagai pertandingan membaca.
K : Berlumba-lumba untuk membaca buku sebagai
satu hobi.
I :Menyediakan bahan bacaan yang menarik
Co : Buku cerita ,
majalah dan buku pelajaran disediakan di perpustakaan.
K : Dapat
membuat pilihan untuk membaca buku yang diminati.
I : Ibu
bapa memberikan galakan kepada anak-anak
Co: Membawa
anak-anak ke pameran buku.
K : Berminat untuk membeli dan membaca buku.
Kesimpulan
Pandangan: Semua pihak bekerjasama untuk menyediakan kemudahan membaca bagi murid-murid kerana membaca jambatan ilmu.
Harapan : Melahirkan anak-anak yang tinggi ilmu
pengetahuannya.
Panduan Menjawab Soalan Bahagian C
(Membuat Ulasan)
o
Ulasan yang
dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan.
o
Tulis karangan
pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja.
o
Sediakan rangka
karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat
dalam teks.
o
Isi perlu ada
nilai yang bukan maksud yang sama seperti dalam petikan.
o
Huraian perlu ada
nama watak dalam petikan.
Antara nilai murni yang
biasa digunakan:
1.
rajin / tekun /
gigih
2.
bertoleransi/tolak
ansur
3.
jujur /ikhlas/
tulus/cakap benar
4.
yakin
5.
berdikari
6.
berhemah tinggi
7.
berani
8.
patriotik/cinta
akan negara
9.
amanah
10.
bersatu padu
11.
adil/saksama
12.
baik hati
13.
berterima kasih
14.
kebebasan
15.
berjimat-cermat
16.
kebersihan
fizikal
17.
kesederhanaan
18.
pemurah
19.
rasional
20.
bekerjasama
21.
bermaruah / harga
diri
22.
berdisiplin
23.
mencintai alam
sekitar
24.
bertanggungjawab
25.
sabar / penyabar
26.
bersyukur
27.
tabah / cekal
28.
patuh
undang-undang
29.
menghargai masa
30.
prihatin
31.
menepati masa
32.
kasih sayang
33.
bersimpati
34.
sopan santun /
peramah
35.
hati-hati / berwaspada
36.
hormat-menghormati
37.
keazaman /
cita-cita tinggi
38.
tolong-menolong
39.
taat / patuh /
akur
Contoh Soalan :
Tulis pengajaran
yang terdapat dalam petikan di bawah.
Apabila balik dari sekolah, Suraya
mengeluarkan buku-buku teks barunya dari beg. Kakaknya berkata, “Biar kakak tolong kamu balut buku-buku itu,”
Suraya menjawab, “Terima kasih kasih,
kak. Biar saya yang membalut buku-buku ini.” Suraya merupakan anak yang suka menolong ibu bapa dan ahli keluarganya. Suraya
selalu menolong ibunya mencuci pinggan
mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Suraya juga membantu ayahnya mencuci kereta.Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnya supaya
kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya
diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaian.Pada hari minggu, suraya dan keluarga selalu bersama-sama membersihkan rumah
dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman
rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat
tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.
Rangka pengajaran
1. Prihatin menjaga
keselamatan buku
2. Taat kepada
kedua-dua ibu bapa
3. Rajin membuat
kerja
4. Berdikari
menjaga kebersihan rumah
5. Bertanggungjawab
menjaga kebersihan diri
Contoh jawapan
Suatu peristiwa yang mencemaskan
“ Selamat hari lahir nenek yang ke- 67 tahun.” Kata Azim
kepada neneknya yang sedang meniup lilin. Ayah dan ibu serta adik-adikku
bertepuk tangan dengan rasa gembira.Ayah telah membaca doa untuk kesejahteraan
nenek dan keluarga.
Ketika nenek hendak duduk, tiba-tiba nenek sesak nafas
lalu pengsan. Aku menjerit meminta tolong daripada ayah untuk mengangkat nenek
yang sudah tidak bergerak lagi. Semua yang hadir dalam majlis itu berasa cemas
dan takut. Ayah mengurut-urut dada nenek yang seakan-akan sudah tidak bernyawa.
Keadaan menjadi semakin kelam –kabut.
Ayah bergegas ke meja telefon untuk menelefon ambulans.
Panggilan ayah telah dijawab oleh pekerja Hospital Kuala Klawang. Lima minit
kemudian, kereta ambulans telah sampai di muka pintu rumahku. Pekerja hospital
telah membawa nenek untuk menaiki kereta ambulans. Aku melihat kereta ambulans
itu bergerak laju meninggalkan rumahku.
Aku dan keluarga telah ke hospital untuk melawat nenek di
wad perempuan yang terletak 1 km dari rumahku. Aku melihat nenek sudah sedarkan
diri dan mula bercakap dengan ayah dan ibuku. Doktor yang merawat nenek telah
memberikan nasihat kepada nenek supaya banyak berehat. Aku berasa lega apabila
melihat nenek yang masih hidup lagi.
Aku bersyukur kepada Tuhan kerana Tuhan masih sayang akan
nenek. Aku berjanji akan menjaga nenek dengan segala upaya dan tenaga kerana
aku tidak mahu kehilangan nenek yang tersayang. Peristiwa yang mencemaskan ini
diharapkan tidak akan berlaku lagi.
Contoh Rangka Kaedah ICok
Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu telah melawat ke suatu tempat yang menarik bersama dengan keluarga.Ceritakan pengalaman kamu tentang lawatan tersebut.
Pendahuluan
|
Cuti
persekolahan akhir tahun pasti ditunggu oleh murid-murid.
|
Pelbagai
aktiviti telah dirancang untuk mengisi masa cuti yang panjang.
|
|
Aku
dan keluarga merancang untuk melawat ke Melaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
I
|
Cara
ke sana
|
Co
|
Kereta/bas/kereta
api :Bila bertolak. Persiapan yang dibuat.
|
K
|
Apa yang kamu rasa, dengar dan
lihat
|
|
|
I
|
Tempat
menginap
|
Co
|
hotel , calet
|
K
|
Apa yang kamu rasa, dengar dan
lihat
|
|
|
I
|
Tempat
yang dilawati
|
Co
|
|
K
|
Apa yang kamu rasa, dengar dan
lihat
|
|
|
I
|
Mengambil gambar
|
Co
|
|
K
|
Apa yang kamu rasa,
dengar dan lihat
|
|
|
I
|
Menikmati
makanan
|
Co
|
|
K
|
Apa yang kamu rasa, dengar dan
lihat
|
|
|
|
Kesimpulan
|
|
gembira, dapat pengalaman
|
|
Merancang untuk mengadakan ke
tempat lain.
|
|
Jauh perjalanan, luas
pemandangan
|
No comments:
Post a Comment